|
|
 |
 |
|
Tuesday, September 22, 2009
Assalamualaikum and good day to my friends. I'm so sorry for not replying any emails/SMS or respond to any questions in FB as I'm busy throughout the whole Ramadhan.
Tiap hari waktu bekerja start 9am sampai wee hours at night. Paling lambat aku tidur pun dalam 4am. Nak tengok muka mak ayah sendiri pun susah masa bulan puasa tu apatah lagi nak reply email atau nak add member member dalam FB. Ada yang sent message ingatkan aku saja saja taknak add while at the same time, aku sendiri pun takde masa nak explain betapa busynya aku.
Hari raya pertama seperti biasa aku bangun lambat. 3 rounds of laundry. Beraya rumah mother in law. Balik rumah, sambung kemas rumah. Sempat masak ikan siakap kukus, telur goreng & kentang goreng. Itulah masakan paling sedap pernah aku makan sejak Ramadhan.
Hari raya kedua, masih ada laundry. (kalau dah tiap hari balik pukul 2 pagi masa bulan puasa, memang berbondot laundry aku jadiknya). Beraya rumah kedua dua sister in law. Ada spaghetti dan lauk sup gearbox. Sampai umah, sambung rehat. Tak larat masak so ajak hubby gik kopitiam je.
Esok kena antar abang ipar & his wife ke airport. Most probably singgah KLCC after that untuk membeli few stuffs sebelum kitaorang fly esoknya. Both of us will not be here dari 23hb. Kitaorang balik 28hb... tuh pun amik flight kul 12am. Rasanya sampai umah pun dalam kul 4am kot.
Wish us well. Tak salah aku, Bali ada sedikit gempa bumi sehari sebelum raya. Bergegar sikit Denpasar tuh. Tapi aku tengok keadaan terkawal so doakan kitaorang selamat pergi, selamat balik.
That's all. To hubby, thank you for the anniversary gift. I love it.
Posted at 22.9.09 by moncherie
Permalink
Wednesday, July 29, 2009
Semalam, aku amik cuti. Abah ajak teman gik Tg. Malim. Petang, kitaorang sampai KL semula. So I did my laundry, tidy my room.. Malam semalam, ada sessi mari berjumpa with Nana and JJ and at the same time, they want to give me brocolli yang derang belikan during their Cameron's trip recently. By 10pm, I head to Tesco to load up our yoghurt's stock in the fridge. It's a madness here, aku makan yoghurt tu tiap hari. Amazing betul... coming from a person yang tak makan susu langsung.
Tapi, malam semalam... I can't sleep. Nak tak nak, aku browse through FB. Seeing my ex classmates bring me such awesome memories. Especially looking at those pics we'd took during our last day at school. Few of us (eh ramai jugak sebenarnya) took the liberty and went to the one and only park yang ada kat Ipoh :- Taman DR. And we took pictures almost everywhere. And every picture tu would sees us smiling and laughing. Bak kata Ida, time tuh SPM lulus ke, lingkup ke.. belakang kira. Mujur zaman sekarang ni... mudah nak berhubung (tapi ternyata sukar nak bertemu face to face). I still can catch up what they're up to, how many kids they have, whether they have changed physically (mentally aku rasa sama je mengong macam dedulu). Seriously, I miss all of them tremendously. Maybe on that one sweet day, we meet again and catch up what we have left. To all 5 Daisy year 1996 from Tarcisian Convent School, Ipoh... I hope all of you have a great life!
Posted at 29.7.09 by moncherie
Permalink
Wednesday, March 25, 2009
As I promised, here's the article that went out in Kosmo! on the 16th February. Sorry for the messy cut & paste look. My scanner can only afford A4 size and the article is obviously bigger than that. I hope you can read it. If you can't, you read this:-
Beg anyaman Arica Oleh Izyan Liyana Mohd Darif izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my
Jenama Arica yang tertera pada produk yang dijual tidak membawa maksud tertentu. Ia cuma gabungan nama dua wanita muda yang mengendalikan gedung beg tangan anyaman, Arni Baizura dan Rica Apriani.
Biarpun tidak menawarkan beg tangan berjenama mewah, butik Arica memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri.
Saban hari, butik Arica tidak putus-putus menerima pelanggan yang terdiri daripada orang tempatan dan pelancong asing termasuk dari Jepun, Arab dan Eropah.
Salah satu daya tarikan yang ditampilkan di butik Arica ialah dindingnya dicat dengan rona jingga terang. Warna cat sedemikian seolah-olah 'memanggil' pengunjung untuk meluangkan masa memasuki gedung.
Bagi keselesaan dan memudahkan pelanggan membelek beg yang sesuai, himpunan beg disusun kemas di atas rak kayu berona coklat gelap mengikut bentuk dan saiz.
"Teknik susunan ini lebih baik daripada melonggokkan beg secara bertimbun dalam satu bekas. Ia bertujuan mengelakkan kualiti beg terjejas sekali gus memudahkan pelanggan memilih beg tangan yang digemari," jelas Rica Apriani Kurnadi, 25.
Gedung Arica dipenuhi dengan beg tangan anyaman yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun pandan, mengkuang, rotan, tali agel dan jut.
"Segelintir pembeli kurang gemar memiliki beg tangan yang diperbuat daripada daun-daun. Ia mungkin tidak tahan lama dan warnanya mudah luntur. Jangan bimbang kerana beg Arica diperbuat daripada bahan semula jadi gred A dan dihasilkan oleh tenaga kerja yang pakar dan berpengalaman di Bali, Indonesia. Warnanya tidak mudah pudar kerana sebelum proses mewarna dilakukan, daun-daun dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu," jelas Arni Baizura Tun Biyajid, 30.
Selain beg tangan yang sofistikated untuk ke pejabat, pelanggan juga berpeluang mendapatkan beg gaya santai dan tas tangan yang tampak serasi digayakan dengan gaun formal serta dres koktel.
Jika inginkan gaya feminin, miliki saja beg bermotif kelopak bunga yang cantik. Bagi golongan remaja pula, beg silang anyaman antara pilihan beg yang sesuai.
Menurut Rica, pelancong Jepun gemar beg bercorak bunga dan bersaiz besar. Mereka cukup teruja membeli beg Arica kerana ia dijual pada harga yang murah dan berpatutan.
"Bagi memastikan beg tangan Arica mengikut trend dan fesyen semasa, kami bekerjasama dalam menyumbangkan idea lakaran serta pemilihan warna dengan pihak pengilang," tambah Rica yang turut memberitahu di butik Arica, pengunjung boleh mendapatkan beg tangan berzip, cerut, tali pendek atau bertali panjang.
Pada bulan Mac ini, butik Arica bakal tampil dengan koleksi beg tangan kait yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk, corak dan warna.
Posted at 25.3.09 by moncherie
Permalink
|
|
|