Wednesday, March 25, 2009
arica in Kosmo!

As I promised,
here's the article
that went out in Kosmo!
on the 16th February.
Sorry for the messy
cut & paste look.
My scanner can only afford
A4 size and the article is obviously
bigger than that.
I hope you can read it.
If you can't,
you read this:-

Beg anyaman Arica
Oleh Izyan Liyana Mohd Darif
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Jenama Arica yang tertera pada produk yang dijual tidak membawa
maksud tertentu. Ia cuma gabungan nama dua wanita muda yang
mengendalikan gedung beg tangan anyaman, Arni Baizura dan Rica Apriani.

Biarpun tidak menawarkan beg tangan berjenama mewah, butik Arica
memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri.

Saban hari, butik Arica tidak putus-putus menerima pelanggan
yang terdiri daripada orang tempatan dan pelancong asing
termasuk dari Jepun, Arab dan Eropah.

Salah satu daya tarikan yang ditampilkan di butik Arica ialah
dindingnya dicat dengan rona jingga terang.
Warna cat sedemikian seolah-olah 'memanggil' pengunjung untuk
meluangkan masa memasuki gedung.

Bagi keselesaan dan memudahkan pelanggan membelek beg yang
sesuai, himpunan beg disusun kemas di atas rak kayu berona
coklat gelap mengikut bentuk dan saiz.

"Teknik susunan ini lebih baik daripada melonggokkan beg
secara bertimbun dalam satu bekas. Ia bertujuan mengelakkan
kualiti beg terjejas sekali gus memudahkan pelanggan memilih
beg tangan yang digemari," jelas Rica Apriani Kurnadi, 25.

Gedung Arica dipenuhi dengan beg tangan anyaman yang diperbuat
daripada bahan semula jadi seperti daun pandan, mengkuang, rotan,
tali agel dan jut.

"Segelintir pembeli kurang gemar memiliki beg tangan yang
diperbuat daripada daun-daun. Ia mungkin tidak tahan lama
dan warnanya mudah luntur. Jangan bimbang kerana beg Arica
diperbuat daripada bahan semula jadi gred A dan dihasilkan
oleh tenaga kerja yang pakar dan berpengalaman di Bali, Indonesia.
Warnanya tidak mudah pudar kerana sebelum proses mewarna dilakukan,
daun-daun dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu,"
jelas Arni Baizura Tun Biyajid, 30.

Selain beg tangan yang sofistikated untuk ke pejabat,
pelanggan juga berpeluang mendapatkan beg gaya santai
dan tas tangan yang tampak serasi digayakan dengan gaun formal
serta dres koktel.

Jika inginkan gaya feminin, miliki saja beg bermotif
kelopak bunga yang cantik. Bagi golongan remaja pula,
beg silang anyaman antara pilihan beg yang sesuai.

Menurut Rica, pelancong Jepun gemar beg bercorak bunga
dan bersaiz besar. Mereka cukup teruja membeli beg Arica
kerana ia dijual pada harga yang murah dan berpatutan.

"Bagi memastikan beg tangan Arica mengikut trend
dan fesyen semasa, kami bekerjasama dalam menyumbangkan
idea lakaran serta pemilihan warna dengan pihak pengilang,"
tambah Rica yang turut memberitahu di butik Arica,
pengunjung boleh mendapatkan beg tangan berzip, cerut,
tali pendek atau bertali panjang.

Pada bulan Mac ini, butik Arica bakal tampil dengan koleksi
beg tangan kait yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk, corak
dan warna.

Posted at 25.3.09 by moncherie

lily
November 1, 2009   04:15 PM PST
 
nk g kdai u..tp xsmpi2 g..i kt shah alam je ni..arica xde website sndr ke?or buy from on9?
ai
June 15, 2009   10:55 AM PDT
 
saya berminat nak datang kedai arica untuk memborong di kedai u utk sy berniaga..adakah boleh dapat harga yang berpatutan.. email sy yer.. aisyahlamin@utm.my
trex
May 7, 2009   03:53 PM PDT
 
haaa..yg ni ada senyum, baru cun. hehehe.. amboih sis, siap letak no phone...mau berjuta2 org kol / sms nak berkenalan tuh
Suzana
April 6, 2009   11:13 AM PDT
 
Best la..hopefully someday aku dapat singgah umah ko.

Comei gamba ko n Rica. Patutla ramai sms nak berkenalan heh..
Dimenxion
March 26, 2009   08:53 AM PDT
 
wah... glemer masuk kosmo.. :P
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


<< March 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

.:Currently listening to:.
Jadi Milikmu (Crazy) by Anggun Cipta Sasmi

.:Currently reading:.
Such a Long Journey by Rohinton Mistry

know them
ahmad
arni
awekz_manja
badakwarnabiru
carte_blanche
cikin
huder
kak su
kak ZuE
miya_narien
morning dew
RiceBunny
shah
Sufian Abas
suzana
trex
zuril

my world
my fotopages
my library

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed