Sunday, May 20, 2007
SUMOlah

Aku dah tengok citer ni last Wednesday.
Pergi berempat..
Lama jugak eh citer ni,
2 jam lebih.




Aku suka citer ni.
Macam yang aku tulis kat dalam forum

"Menonton citer SUMOlah nih
 macam membaca buku yang bagus.
 No quick-reading to skip the not-so-good part 
 so I can end the book quickly
 and say 'Nexttt...!'"

Masa aku perati orang tengah gelak˛
melihat gelagat Ramlee masa
starting citer ni,
it reminds me of Tom Hanks
dalam citer Cast Away.
Penonton gelak tengok
perangai Chuck Noland
terkontang kanting kat pulau-takde-orang tuh
walhal...
kalau PERKARA yang sama berlaku kat korang,
would you LAUGH about it?

Same goes with Ramlee.
Realitinya, memang ada dari kaum Melayu kita ni
yang pemalas dan suka bagi alasan
untuk kemalasan derang.
Selalunya, alasan derang ialah
orang lain dan persekitaran yang
membuatkan derang malas
dan BUKAN diri mereka sendiri.

It's good to know that Afdlin
berjaya develop character Ramlee tuh
sampai la jadi orang berguna
dan TAK MALAS lagi
dan tidak menyalahkan orang lain
dan mula bertanggungjawab atas tindak tanduk sendiri.

One hell-of-a-cast coz
you've got to see
Gurmit Singh a.k.a Phua Chu Kang
and he's damn gorgeous pada aku.
(I know Eleanor will second my statement..haha).
Having Inthira Charoenpura (heroin Nang Nak)
in this film is a good thing
because I just can't stand our Malaysian heroin
for the time being.
Another great actor is Gavin Yap.
Memang best character Mickey tuh
and I think he can thank his
Mohican-hair for the contributing factor.

Yang boleh dibaiki lagi
ialah character Awie & Radhi Khalid
sebab tak berapa strong sangat kehadiran derang tuh.
Nampak macam kena ada dalam movie tuh
sebab sumo tuh memerlukan 3 orang dalam tournament
so let's-create-Ramlee's-clan jadinya.

My favourite part is
"Brad who...?"
and until now
I keep repeating the dialogue.

So to all of you out there,
do watch SUMOlah
untuk menunjukkan support korang kat citer ni
and to Afdlin, of course.
We need to give him our support (and money)
so that one day,
people like Razak Mohaideen
and Z Lokman bersara dari dunia perfileman
dan berhenti torture mental kita memasing
(walaupun kita tak tengok pun filem derang
 but still, bila derang berjaya buat citer tuh
 jadik box-office,
 they will think it as a good signal from
 Malaysian and
 as if kita memerlukan filem buatan derang
 lagi dan lagi dan lagi dan lagi....)

p/s: Aku takkan rasa malu pun
       kalau fliem SUMOlah ni nak ditayangkan
       kat Asean countries compared to
       citer yang berjaya kutip 6 juta lebih tu.

Here's one review from Afdlin's fans
for you people out there
who are still didn't get your butt
to the Cineplex to watch SUMOlah... hehe.

Bro Afdlin, citer ni kalau nak kene bagi bintang, saya bagi satu langit.
Brader kiralah baper bintang kat langit tu. Saya respect habih citer nih.
Ader banyak element, patriotik, lawak, nasihat, action, semangat, drama, jiwang,
ganas (mkn wasabi) dan macam2 lagi. Brader memang genius. You blend all the
aspect with style and precision. The fusion between japan and malay is very
beautifully make. Awek jepun mkn kopok lekor. satu lagi. gurmit singh is very the
macho la dlm movie nih (winter sonata). kim salam sama dia. Saya seru kepada
mereka yang belum tgk citer ni, marilah tgk beramai2. bawaklah sedara mara,
rakan2, org kampung. rugi sapa tak tgk. something new is on the cinema and it is
afdlin shauki trademark. Saya dah tgk semua citer brader, and not one
disappointing me. Every single one is a masterpiece. cayalah brader afdlin.
give me five!!!!! nokotta!!!!!
Mon May 21, 01:20:00 PM 2007
*credit to zainuar*

Posted at 20.5.07 by moncherie
Comments (4)  

Thursday, May 03, 2007
Book Fair 2007

aku pergi PWTC hari Jumaat.
Tahun ni saja je aku pergi awal.
Tak ramai orang pun
senang je nak pilih˛ buku.
Duit pun bawak tak banyak.
Aku beli 4 buah buku je.








Aku ada beli sebuah lagi buku novel BM.
Tapi agak boring.
Mungkin bukan citarasa aku.
Akan aku habiskan jugak buku tuh.
Then maybe, aku hadiahkan buku tuh
kat orang yang berminat...
Takpun aku jual je kat kedai sewa buku.

Pergi PWTC hari tuh ngan adik and cousin DD.
Kitaorang naik LRT je.
(aku takut ralit, nanti parking lama sgt).
Masa kat stesen Bandaraya,
aku tengok punyalah ramai
wanita yang berpusu pusu ke Sogo
(sebab ada Sale Oh Sogo!)
dan sikit je manusia yang turun
kat stesen PWTC untuk
ke Pesta Buku.
hmm.... sayangnya...

Posted at 3.5.07 by moncherie
Comments (7)  

Thursday, April 26, 2007
ini ada satu cerita

kisahnya begini...

Sebenarnya, end of March hari tuh,
van kitaorang accident kat Gua Musang.

Sejak kes accident tuh,
ada few not-so-good things happened to us.

Korang percaya tak, on the way nak ke bengkel,
masa aku nak tunjuk jalan kat abang tow truck tuh,
ada satu Cina langgar keta aku dari belakang?
mujur tak apa apa...
hubby cakap kat Cina tuh:
"it is your lucky day".
kitaorang marah pun tidak kat Cina tuh.

Bila van kena perap sebulan kat bengkel,
abang ipar aku pinjam keta aku
sementara nak cari van lain.
Dua hari pakai keta aku,
wallet ngan HP yang dia bubuh kat dashboard kena cilok.
Masa tuh, abang ipar aku and wife
gik morning˛ punya jogging on Sunday.

But then, aku cakap..
"takpelaa, duit pun pencuri amik tak banyak,
 HP pun memang tunggu nak beli baru".

Pastu, dalam bulan ni jugak..
akhirnya kain yang kitaorang order, sampai.
Frankly speaking, kain tu kitaorang order
bulan February sebelum Chinese New Year,
Kira cam kain ni lambat sebulan laa.
Jadik, hari yang nak bayar the rest
of the money tuh...
Aku tengok account macam tak cukup duit
disebabkan ada satu cheque tendang
2-3 hari sebelum tuh.
Aku cakap:
"takpelaa, we'll think of something.
 Allah mesti bagi jalan punya".
Memang ada jalan pastuh,
so everything went back to normal.

Last week, ada sorang
makcik ala ala Julie Dahlan
langgar pintu keta aku yang belah kiri.
Kes reverse tak pandang belakang.

Kerana bersangka baik,
hubby cakap kat makcik tuh
"makcik bawak aje la kemana bengkel
 yang makcik pilih".
(note: pintu keta aku kemek, keta dia OK).
sampai bengkel,
owner bengkel kata tak sampai 300 ratus pun.

Anak makcik tuh sempat tukar
no telefon so the next day keta siap,
dia suruh call sebab derang nak bayar.

Guess what?
Hari yang nak pick up kereta aku,
kitaorang call makcik tu and anak dia,
derang tak angkat.

Sebagai manusia yang bersangka baik mcm aku,
aku takde pun pikir yang bukan bukan.
Aku dahulukan duit aku sendiri.
Ok now, do read the rest of the story:-

Day 1: accident, gik bengkel.
Day 2: amik keta, morons didn't pick up the phone.
Day 3: finally daughter pick up the phone,
           telling me "can I pay u on monday"?"
Day 5: SMS morons (coz they didn't pick up the phone)
            "if u don't pay, me make police report"
           Daughter sms-ed back "will pay tomorow"
Day 6: still no news. On that night, I call daughter and she said
           "the money is with the mother"
            I call mother, no one pick up.
            I sms daughter back, she said
            "will tell mother when I reach home"
            That night, on our way to police station, I sms daughter again.
            When I said "maybe u will pick up the phone when the police
            himself call you" and she sms :-
            "mother not paying. She already make her report. U can do urs".

Actually, memang dah agak pun dari hari ke dua tuh.
Cumanya, sebagai manusia yang ada adab, ada budi bahasa, ada kesedaran sivik,
me and hubby were trying to deal the matter elok elok.

Tell you what.
It's not about the money,
tapi cara morons tuh buat aku tension yang matter.
In case morons tuh sengkek gila babi takde duit,
they can actually call/sms me
bagitau yang derang tuh miskin sebenarnya, gaya je lebih.
Dan aku akan forget about it.

Anyway, I'm all through with it.
Cumanya aku nak pesan laa.
Sebenarnya aku boleh buat macam macam kat derang.
Aku ni bukan manusia yang tak kenal orang, takde kawan.
Tapi, tak guna aku take revenge on them
sebab pada aku, berdendam kat orang ni, macam cancer.
Sebagai manusia yang teraniaya skang ni,
aku doakan makcik tuh akan terima pembalasan dari Tuhan
agar lepas ni derang tak buat kat orang lain plak pasni.

Apa jenis pembalasan pun, aku tak jelaskan
sebab aku ni bangsa mulut masin.
Nak nak plak, aku dalam golongan teraniaya skang ni.

Posted at 26.4.07 by moncherie
Comments (6)  

Next Page


<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

.:Currently listening to:.
Jadi Milikmu (Crazy) by Anggun Cipta Sasmi

.:Currently reading:.
Such a Long Journey by Rohinton Mistry

know them
ahmad
arni
awekz_manja
badakwarnabiru
carte_blanche
cikin
huder
kak su
kak ZuE
miya_narien
morning dew
RiceBunny
shah
Sufian Abas
suzana
trex
zuril

my world
my fotopages
my library

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed