Tuesday, September 22, 2009
Why am I busy?

Assalamualaikum and good day to my friends.
I'm so sorry for not replying any emails/SMS
or respond to any questions in FB
as I'm busy throughout the whole Ramadhan.

Tiap hari
waktu bekerja start 9am
sampai wee hours at night.
Paling lambat aku tidur pun dalam 4am.
Nak tengok muka
mak ayah sendiri pun susah
masa bulan puasa tu
apatah lagi nak reply email
atau nak add member member dalam FB.
Ada yang sent message
ingatkan aku saja saja taknak add
while at the same time,
aku sendiri pun takde masa
nak explain betapa busynya aku.

Hari raya pertama
seperti biasa aku bangun lambat.
3 rounds of laundry.
Beraya rumah mother in law.
Balik rumah, sambung kemas rumah.
Sempat masak ikan siakap kukus,
telur goreng & kentang goreng.
Itulah masakan paling sedap
pernah aku makan sejak Ramadhan.

Hari raya kedua,
masih ada laundry.
(kalau dah tiap hari balik
pukul 2 pagi masa bulan puasa,
memang berbondot laundry aku jadiknya).
Beraya rumah kedua dua sister in law.
Ada spaghetti dan lauk sup gearbox.
Sampai umah, sambung rehat.
Tak larat masak so ajak hubby gik kopitiam je.

Esok kena antar abang ipar & his wife ke airport.
Most probably singgah KLCC after that
untuk membeli few stuffs
sebelum kitaorang fly esoknya.
Both of us will not be here dari 23hb.
Kitaorang balik 28hb...
tuh pun amik flight kul 12am.
Rasanya sampai umah pun dalam kul 4am kot.

Wish us well.
Tak salah aku, Bali ada sedikit gempa bumi
sehari sebelum raya.
Bergegar sikit Denpasar tuh.
Tapi aku tengok keadaan terkawal
so doakan kitaorang selamat pergi, selamat balik.

That's all.
To hubby, thank you for the anniversary gift.
I love it.

Posted at 22.9.09 by moncherie
Make a comment  

Wednesday, July 29, 2009
what a life..!

Semalam, aku amik cuti.
Abah ajak teman gik Tg. Malim.
Petang, kitaorang sampai KL semula.
So I did my laundry,
tidy my room..
Malam semalam,
ada sessi mari berjumpa
with Nana and JJ
and at the same time,
they want to give me
brocolli yang derang belikan during their Cameron's trip recently.
By 10pm, I head to Tesco
to load up our yoghurt's stock in the fridge.
It's a madness here,
aku makan yoghurt tu tiap hari.
Amazing betul...
coming from a person yang tak makan susu langsung.

Tapi, malam semalam...
I can't sleep.
Nak tak nak,
aku browse through FB.
Seeing my ex classmates bring me such
awesome memories.
Especially looking at those pics
we'd took during our last day at school.
Few of us (eh ramai jugak sebenarnya)
took the liberty and went to the one and only park
yang ada kat Ipoh :-
Taman DR.
And we took pictures almost everywhere.
And every picture tu would sees us smiling and laughing.
Bak kata Ida,
time tuh SPM lulus ke, lingkup ke..
belakang kira.
Mujur zaman sekarang ni...
mudah nak berhubung
(tapi ternyata sukar nak bertemu face to face).
I still can catch up what they're up to,
how many kids they have,
whether they have changed physically
(mentally aku rasa sama je mengong macam dedulu).
Seriously, I miss all of them tremendously.
Maybe on that one sweet day,
we meet again and catch up what we have left.
To all 5 Daisy year 1996
from Tarcisian Convent School, Ipoh...
I hope all of you have a great life!

Posted at 29.7.09 by moncherie
Make a comment  

Wednesday, March 25, 2009
arica in Kosmo!

As I promised,
here's the article
that went out in Kosmo!
on the 16th February.
Sorry for the messy
cut & paste look.
My scanner can only afford
A4 size and the article is obviously
bigger than that.
I hope you can read it.
If you can't,
you read this:-

Beg anyaman Arica
Oleh Izyan Liyana Mohd Darif
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Jenama Arica yang tertera pada produk yang dijual tidak membawa
maksud tertentu. Ia cuma gabungan nama dua wanita muda yang
mengendalikan gedung beg tangan anyaman, Arni Baizura dan Rica Apriani.

Biarpun tidak menawarkan beg tangan berjenama mewah, butik Arica
memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri.

Saban hari, butik Arica tidak putus-putus menerima pelanggan
yang terdiri daripada orang tempatan dan pelancong asing
termasuk dari Jepun, Arab dan Eropah.

Salah satu daya tarikan yang ditampilkan di butik Arica ialah
dindingnya dicat dengan rona jingga terang.
Warna cat sedemikian seolah-olah 'memanggil' pengunjung untuk
meluangkan masa memasuki gedung.

Bagi keselesaan dan memudahkan pelanggan membelek beg yang
sesuai, himpunan beg disusun kemas di atas rak kayu berona
coklat gelap mengikut bentuk dan saiz.

"Teknik susunan ini lebih baik daripada melonggokkan beg
secara bertimbun dalam satu bekas. Ia bertujuan mengelakkan
kualiti beg terjejas sekali gus memudahkan pelanggan memilih
beg tangan yang digemari," jelas Rica Apriani Kurnadi, 25.

Gedung Arica dipenuhi dengan beg tangan anyaman yang diperbuat
daripada bahan semula jadi seperti daun pandan, mengkuang, rotan,
tali agel dan jut.

"Segelintir pembeli kurang gemar memiliki beg tangan yang
diperbuat daripada daun-daun. Ia mungkin tidak tahan lama
dan warnanya mudah luntur. Jangan bimbang kerana beg Arica
diperbuat daripada bahan semula jadi gred A dan dihasilkan
oleh tenaga kerja yang pakar dan berpengalaman di Bali, Indonesia.
Warnanya tidak mudah pudar kerana sebelum proses mewarna dilakukan,
daun-daun dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu,"
jelas Arni Baizura Tun Biyajid, 30.

Selain beg tangan yang sofistikated untuk ke pejabat,
pelanggan juga berpeluang mendapatkan beg gaya santai
dan tas tangan yang tampak serasi digayakan dengan gaun formal
serta dres koktel.

Jika inginkan gaya feminin, miliki saja beg bermotif
kelopak bunga yang cantik. Bagi golongan remaja pula,
beg silang anyaman antara pilihan beg yang sesuai.

Menurut Rica, pelancong Jepun gemar beg bercorak bunga
dan bersaiz besar. Mereka cukup teruja membeli beg Arica
kerana ia dijual pada harga yang murah dan berpatutan.

"Bagi memastikan beg tangan Arica mengikut trend
dan fesyen semasa, kami bekerjasama dalam menyumbangkan
idea lakaran serta pemilihan warna dengan pihak pengilang,"
tambah Rica yang turut memberitahu di butik Arica,
pengunjung boleh mendapatkan beg tangan berzip, cerut,
tali pendek atau bertali panjang.

Pada bulan Mac ini, butik Arica bakal tampil dengan koleksi
beg tangan kait yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk, corak
dan warna.

Posted at 25.3.09 by moncherie
Comments (5)  

Next Page


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

.:Currently listening to:.
Jadi Milikmu (Crazy) by Anggun Cipta Sasmi

.:Currently reading:.
Such a Long Journey by Rohinton Mistry

know them
ahmad
arni
awekz_manja
badakwarnabiru
carte_blanche
cikin
huder
kak su
kak ZuE
miya_narien
morning dew
RiceBunny
shah
Sufian Abas
suzana
trex
zuril

my world
my fotopages
my library

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed