|
As I promised, Oleh Izyan Liyana Mohd Darif izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my Jenama Arica yang tertera pada produk yang dijual tidak membawa maksud tertentu. Ia cuma gabungan nama dua wanita muda yang mengendalikan gedung beg tangan anyaman, Arni Baizura dan Rica Apriani. Biarpun tidak menawarkan beg tangan berjenama mewah, butik Arica memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri. Saban hari, butik Arica tidak putus-putus menerima pelanggan yang terdiri daripada orang tempatan dan pelancong asing termasuk dari Jepun, Arab dan Eropah. Salah satu daya tarikan yang ditampilkan di butik Arica ialah dindingnya dicat dengan rona jingga terang. Warna cat sedemikian seolah-olah 'memanggil' pengunjung untuk meluangkan masa memasuki gedung. Bagi keselesaan dan memudahkan pelanggan membelek beg yang sesuai, himpunan beg disusun kemas di atas rak kayu berona coklat gelap mengikut bentuk dan saiz. "Teknik susunan ini lebih baik daripada melonggokkan beg secara bertimbun dalam satu bekas. Ia bertujuan mengelakkan kualiti beg terjejas sekali gus memudahkan pelanggan memilih beg tangan yang digemari," jelas Rica Apriani Kurnadi, 25. Gedung Arica dipenuhi dengan beg tangan anyaman yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun pandan, mengkuang, rotan, tali agel dan jut. "Segelintir pembeli kurang gemar memiliki beg tangan yang diperbuat daripada daun-daun. Ia mungkin tidak tahan lama dan warnanya mudah luntur. Jangan bimbang kerana beg Arica diperbuat daripada bahan semula jadi gred A dan dihasilkan oleh tenaga kerja yang pakar dan berpengalaman di Bali, Indonesia. Warnanya tidak mudah pudar kerana sebelum proses mewarna dilakukan, daun-daun dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu," jelas Arni Baizura Tun Biyajid, 30. Selain beg tangan yang sofistikated untuk ke pejabat, pelanggan juga berpeluang mendapatkan beg gaya santai dan tas tangan yang tampak serasi digayakan dengan gaun formal serta dres koktel. Jika inginkan gaya feminin, miliki saja beg bermotif kelopak bunga yang cantik. Bagi golongan remaja pula, beg silang anyaman antara pilihan beg yang sesuai. Menurut Rica, pelancong Jepun gemar beg bercorak bunga dan bersaiz besar. Mereka cukup teruja membeli beg Arica kerana ia dijual pada harga yang murah dan berpatutan. "Bagi memastikan beg tangan Arica mengikut trend dan fesyen semasa, kami bekerjasama dalam menyumbangkan idea lakaran serta pemilihan warna dengan pihak pengilang," tambah Rica yang turut memberitahu di butik Arica, pengunjung boleh mendapatkan beg tangan berzip, cerut, tali pendek atau bertali panjang. Pada bulan Mac ini, butik Arica bakal tampil dengan koleksi beg tangan kait yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk, corak dan warna. |
| lily November 1, 2009 04:15 PM PST nk g kdai u..tp xsmpi2 g..i kt shah alam je ni..arica xde website sndr ke?or buy from on9? | ||
| ai June 15, 2009 10:55 AM PDT saya berminat nak datang kedai arica untuk memborong di kedai u utk sy berniaga..adakah boleh dapat harga yang berpatutan.. email sy yer.. aisyahlamin@utm.my | ||
| trex May 7, 2009 03:53 PM PDT haaa..yg ni ada senyum, baru cun. hehehe.. amboih sis, siap letak no phone...mau berjuta2 org kol / sms nak berkenalan tuh | ||
| Suzana April 6, 2009 11:13 AM PDT Best la..hopefully someday aku dapat singgah umah ko. Comei gamba ko n Rica. Patutla ramai sms nak berkenalan heh.. | ||
| Dimenxion March 26, 2009 08:53 AM PDT wah... glemer masuk kosmo.. :P | ||
| Leave a Comment: |